selang beberapa hai lagi kita rakyat Malaysia akan bersama-sama menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke-53.sudah pastinya ramai diantara kita tidak sabar untuk menantikan detik yang bersejarah ini setelah sekian lama negara kita dijajah.sebagai generasi muda-mudi hari ini yang sememangnya tidak dapat merasai pahit maung seperti mana yang telah dilalui oleh datuk nenek kita suatu ketika dahulu yang sanggup bergadai nyawa semata-mata untuk mempertahankan tanah air.adakah semangat kita hari ini sama seperti mereka yang terdahulu daripada kita yang merasai akan kenikmatan mengecapi sebuah pembebasan(kemerdekaan) hasil daripada perjuangan yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka semata-mata untuk memastikan bahawa anak cucu mereka hari ini tidak merasai segala penderitaan sebagai mana yng pernah mereka lalui dahulu.adakah kita menghargai segala pengorbanan mereka!!!!!!apakah cara yang kita balas kembali kepada pahlawan-pahlawan negara kita setelah mereka berhempaspulas menentang penjajah daripada terus menjajah kita???.
kemerdekaan bukan semata-mata hanya mengibarkan bendera sahaja sambil menyanyikan lagu tetapi hendaklah diselitkan dengan kisah serta penghayatan yang pernah dilalui oleh atuk nenek kita dahulu didalam memperjuangkan kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini.negara kita teramat bertuah jika dibandingkan dengan saudara kita di negara-negara yang mengalami penderitaan akibat daripada peperangan yang berlaku pada hari ini.
APAKAH HIKMAH SAMBUTAN KEMERDEKAAN DIBULAN PUASA ???
kita diberi peluang oleh yang Maha pencipta untuk muhasabah diri akan kenikmatan yang dikecapi pada hari ini. tidak berlakunya pertumpahan darah, anak-anak kecil masih mempunyai ibu dan ayah, dimeja makan terhidang pelbagai aneka juadah, bebas untuk kemana-mana tanpa sebarang sekatan.adakah kita bersyukur akan kenikmatan ini???
tidak berlakunya pertumpahan darah tetapi pertikaman lidah kerana berpolitik, anak-anak ramai dilahirkan akan tetapi malangnya anak-anak ini kerana tidak berayah serta beribu malahan lebih malang lagi insan ini ditinggalkan bersendirian ditepi-tepi jalan,surau,didalam tandas dan yang lebih dahsyat ada yang ditinggalkan ditong sampah sehinggakan anak-anak ini menjadi mamahan anjing dan dihurung semut-semut.makanan sentiasa terhidang diatas meja tetapi masih tidak mensyukuri.apakah ini yang dikatakan nikmat kebebasan?????
pada kebiasanya kita dihidangkan dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan dalam menyambut kemerdekaan.pelbagai gelagat serta telatah yang dapat dilihat ketika mana berlakunya sambutan ambang kemerdekaan.akan tetapi pada kali ini kita dihidangkan dengan kenikmatan yang teramat besar dari yang Maha Pencipta iaitu Ramadan.Ramadan mengajar kita mendekatkan diri kepada pencipta.mengajarkan kita kembali kepangkal jalan dan patuh kepada segala yang diperintahkan keatas hambanya kepada Maha Pencipta.Ramadan juga mengajar erti persaudaraan,bantu membantu,kasih-mengasihani serta memperkukuhkan ukhwah dikalangan imat islam sejagat.
didalam bulan ramadan dijanjikan malam lailatulqadar.....disinilah letaknya kenikmatan yang dicari selama ini setelah sekian lama mengecapi nikmat kemerdekaan yang berunsurkan hiburan.carilah kebahagian ini ketika masih sempat.belum tentu kita akan merasai kenikmatan ini pada ramadan yang akan datang sekaligus merasaikan kemerdekaan negara yang kita cinta.rebutlah selagi peluang masih terhidang untuk dibawa bekalan ketika pulang.mohonlah pada Maha pencipta agar dikekalkan kenikmatan yang dikecapi hari ini sekaligus membolehkan kita patuh akan setiap perintahnya dan meniggalkan segala yang dilarang.
mudah-mudahan kita ambil iktibar drpd ape yg telah b'laku untuk dijadikan panduan mase akan dtg
ReplyDelete