Monday, September 1, 2014

cabaran hidupku bakal bermula

setiap orang mesti memiliki impian untuk berjaya dalam hidup. bila kita menyebut perkataan berjaya sahaja sudah terbayang keindahan hidup apabila kita berada dalam fasa hidup perjaya. tapi pernah kita berfikir adakah untuk mencapai sesuatu kejayaan itu adalah semudah dengan apa yang kita sangka. sedah tentu untuk mencapai kejayaan kita memerlukan pengorbanan yang tinggi.

hidupku kini dalam fasa permulaan untuk membina kehidupan yang diidamkan. setiap perjalanan hidup ini wajib aku tempuhi. tapi sejauh mana aku mampu untuk mengharunginya???? kini aku dalam dilema. bagai mana hendak aku lakukan. sekarang aku harus memikirkan bagaimana untuk aku mentadbir perjalanan hidup aku.

aku terpaksa memikirkan bagaimana untuk aku membayar kembali segala perbelanjaan aku sewaktu menyambung pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. kedua-duanya memakan belanja sebanyak Rm15000. bukan tu sahaja sekarang aku juga harus memikirkan perbelanjaan untuk majlis perkahwinan aku. semoga aku diberi kekuatan serta dibukakan pintu rezeki untuk menghadapi masalah ini