Berkenaan dengan tajuk yang ingin saya kongsian kepada pembaca sekalian adalah sekadar perkongsian pengalaman yang dilalui oleh saya semasa melalui peristiwa ini. Kesempatan ini saya ingin mengajak pembaca semua marilah kita menadah tangan memohon keampunan serta diterima segala amalan baik yang kita lakukan tanpa rasa sifat mendabik dada. Setiap apa yang dikurniakan oleh yang maha pencipta adalah hak milik kekal bagi nya. Kita hanya dipinjamkan sahajalah, justeru janganlah menyombong diri.,
Ketika saya sedang menulis entri ini dalam fikiran saya terbayang bahawa betapa indahnya kita sebagai manusia yang dikurniakan oleh Allah s.w.t akal fikiran supaya manusia dapat berfikir dan menentukan perbezaan yang hak dan Batil. Hikmah dikurniakan kesakitan adalah dapat menjadikannya kita mengingati kepada Allah. Aturan hidup yang telah diaturkan olehnya merupakan perkara ghaib yang patut kita berimam. Maafkan saya sekiranya penulisan saya ini terkeluar dalam bidang ilmiah. Diharapkan ada insan yang sudi memperbetulkan kesilapan.
Selama ini hati saya menjadi tersangat rungsing. Perasan yang datang secara tiba-tiba itu sentiasa membelenggu hati saya tatkala saya dalam keseorangan. Sedang asyik memikirkan sesuatu sehingga saya mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah diatas muka bumi ini. Hanya kerana disebabkan oleh perkara yang tidak pasti.
No comments:
Post a Comment