Saturday, August 23, 2014

Keimanan Diuji

selesai sudah ketibaan jenazah mangsa pesawat MH17 kumpulan pertama dibawa ketanah air untuk disemadikan di sini. Perasaan pilu menyelubungi suasana majlis tersebut jelas terpancar disetiap raut wajah hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Dari barisan pemimpin, rakan sekerja, petugas-petugas media malahan yang mengikuti siaran menerusi kaca television juga mengalami perasaan yang sama. Di kesempatan ini terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Moga roh mereka ini ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Waktu pertama kali mendapat berita mengenai kehilangan pesawat MH17,perasaan penulis agak tidak percaya mengenai kehilangan pesawat ini kerana ianya masih terlalu singkat untuk menerima hakikat bahawa ianya telah hilang dari kawalan radar. Penulis berfikir adakah pesawat ini akan menerima nasib yang sama seperti yang terjadi pada pesawat MH370. Setelah siasatan dilakukan keputusan mendapati pesawat ini telah ditembak dari udara. Bukan dogengan...... Pesawat DITEMBAK dari udara. Apakah yang anda fikirkan. Adakah mereka yang berada didalam pesawat ini diklasifikasi sebagai pengganas sehingga begitu kejam mereka diperlakukan sedemikian.

Dapatkah anda membayangkan keadaan mereka didalam pesawat MH17 ini ketika kejadian? kepulangan mereka ke Tanah air dengan penuh pengharapan. Menyambut hari lebaran di pangkuan keluarga. Inilah yang membuatkan hati penulis sangat tersentuh. hanya beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut hari lebaran kita diuji keimanan. Bagaimanakah harus ditempuhi segala suratan takdir yang telah ditentukan ini terutama sekali untuk ahli keluarga mangsa ini. Semoga kita semua tabah dengan ketentuan illahi atas apa yang telah ditetapkan. marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat mangsa serangan udara pesawat MH17 INI.
AL-FATIHAH....

No comments:

Post a Comment