Sunday, July 6, 2014

AJ Di Mata Akhbar UTUSAN

ARKIB : 19/08/2012

AJ beri faedah kepada tiga pihak


SEBENARNYA banyak yang tidak kita ketahui mengenai kad pengenalan diri pintar MyKad. Mungkin kita fikir MyKad hanya untuk menyimpan pengenalan diri tetapi sebenarnya banyak fungsi yang tidak diketahui.
MyKad boleh menyimpan data seperti lesen memandu, maklumat pasport, maklumat kesihatan, membeli-belah, ATM, Touch 'n Go, aplikasi pesara, Lembaga Tabung Haji, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kad diskaun serta pelbagai aplikasi.
Terkini sebuah syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC ) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur memperkenalkan aplikasi ke-50 MyKad iaitu affiliate marketing (gabungan pemasaran) menggunakan kad pintar itu..
Ketua Pegawai Eksekutif I Synergy Universal Sdn. Bhd., Lawrence Teo berkata, pihaknya menjalin kerjasama dengan Perbadanan Multimedia (MDeC) bagi membangunkan aplikasi gabungan pemasaran yang dinamakan Affiliate Junction 2.0 (AJ).
"Kami melihat gabungan pemasaran telah lama berada di pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Taiwan tetapi amat baru di negara ini," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
I-Synergy Unviersal adalah syarikat pertama yang memperkenalkan dan membangunkan aplikasi gabungan pemasaran menggunakan MyKad.
Konsep gabungan pemasaran katanya melibatkan tiga pihak iaitu affiliate, pengguna dan usahawan dengan ketiga-tiga pihak mendapat faedah.
Portal Lawrence berkata, biasanya jika seseorang individu memberitahu kawan-kawan mengenai tempat makanan yang lazat, mereka tidak mendapat apa-apa, pemilik restoran tidak tahu dan pengguna juga tidak mendapat sebarang manfaat.
"Kini jika mereka mendaftar sebagai affiliate (tugas mendaftar nama kawan-kawan dalam laman web AJ), mereka akan mendapat komisen atas setiap perbelanjaan rakan yang didaftar dan pergi makan ke restoran yang tersenarai dalam web AJ.
"Pengguna yang telah berdaftar tadi juga akan mendapat diskaun serta mata ganjaran setiap kali menjamu selera di restoran tadi.
"Pemilik restoran juga mendapat manfaat dengan iklan percuma di laman web dan saranan affiliate tetapi mereka perlu membayar peratusan yang kecil bagi setiap lawatan pengguna kepada pemilik perniagaan tadi," katanya.
Lawrence berkata, segalanya amat mudah, affiliate perlu mendaftar ke I Synergy dengan sedikit bayaran yuran bagi membolehkan mereka mendaftarkan pengguna dengan nombor MyKad ahli-ahli di bawah mereka di portal yang disediakan.
Usahawan juga akan mendaftar bagi mendapatkan transaksi perbelanjaan ahli dan rujukan affiliate terhadap outlet mereka.
Malah menggunakan AJ, pengguna, affiliate atau pemilik pernigaan tidak memerlukan kad tambahan tetapi mereka hanya perlu mengaktifkan MyKad.
Pengguna ke kedai yang mengambil bahagian hanya perlu menunjukkan MyKad dan jika MyKad mereka telah diaktifkan, akan mendapat diskaun dan ganjaran serta-merta.
Setiap pemilik perniagaan yang mengambil bahagian akan diberikan pelekat yang tertulis MyKad Smart Shopper.
"Sehingga kini hampir 200 pengusaha berdaftar dengan AJ di seluruh negara dengan hampir 3,000 affiliate dan hampir sejuta pengguna," katanya.
Dengan cara ini, affiliate boleh menjana pendapatan dengan komisen bulanan yang akan dikreditkan ke dalam akaun setiap 15 haribulan.
Sehingga ini terdapat kira-kira 20 affiliate yang mencapai pendapatan sehingga lima angka sebulan.
"Bagi menggalakkan affiliate marketing menggunakan MyKad, pihak kami akan menganjurkan Malam Anugerah dengan Affiliate pada November ini," katanya.
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program AJ ini boleh melayari laman web www.AJ.my


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20120819/st_01/AJ-beri-faedah-kepada-tiga-pihak#ixzz36iW0GgRJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment